Rajah 2 menunjukkan menu sarapan pagi Andrew.
Rajah 2
(a) Namakan kelas makanan bagi susu. [1 markah]
Jadual 2 menunjukkan nilai kalori untuk tiga jenis makanan.
Jadual 2
(b) Andrew mengambil 250 g roti, 200 g susu dan 100 g oren.
Kira jumlah kalori yang diambilnya untuk sarapan pagi. [1 markah]
(c) Andrew berusia 15 tahun manakala kakaknya Amy berusia 25 tahun.
Siapakah yang memerlukan kalori yang lebih tinggi setiap hari?
Jelaskan jawapan anda. [2 markah]
(d) Amy tidak mengambil makanan laut dalam gizinya untuk tempoh masa yang lama.
(i) Apakah masalah kesihatan yang mungkin dia hadapi?
(ii) Terangkan jawapan anda di 2(d)(i). [2 markah]
Jawapan:
(a) Kelas makanan bagi susu ialah protein.
(b)
Nilai kalori bagi roti = 250 × 9.4 = 2350 kJ
Nilai kalori bagi susu = 200 × 13.7 = 2740 kJ
Nilai kalori bagi oren = 100 × 1.5 = 150 kJ
Jumlah kalori yang diambil oleh Andrew untuk sarapan pagi = 5240 kJ
(c)
Andrew memerlukan kalori yang lebih tinggi setiap hari.
Budak lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding budak perempuan.
(d)(i) Goiter
(d)(ii) Kekurangan iodin