5.4.2 Larutan dan Kadar Keterlarutan (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
Rajah di bawah menunjukkan tiga bikar, P, Q dan R, yang masing-masing mengandungi 100 cm3 air suling. Garam yang berlainan kuantiti dimasukkan ke dalam setiap bikar itu. Larutan itu kemudian dikacau dengan menggunakan rod kaca.



(a) Namakan bahan pelarut yang digunakan. [1 markah]

(b) Nyatakan satu perbezaan antara larutan garam dalam bikar Q dan bikar R. [1 markah]

(c) Nyatakan dua cara untuk melarutkan garam yang tidak larut dalam bikar R. [2 markah]

(d) Sebiji telur tenggelam apabila dimasukkan ke dalam larutan garam dalam bikar P.
(i) Cadangkan satu cara bagaimana telur itu boleh diapungkan. [1 markah]

(ii) Berikan satu penerangan bagi jawapan anda di (d)(i). [1 markah]


Jawapan:
(a)
Air suling

(b)
Larutan garam di dalam bikar R ialah larutan tepu. / Larutan garam dalam bikar R lebih pekat daripada larutan garam dalam bikar Q.
(mana-mana satu)

(c)

  1. Panaskan larutan itu
  2. Tambahkan lebih banyak air

(d)(i)
Tambahkan lebih banyak garam

(d)(ii)
Melarutkan lebih banyak garam akan meningkatkan ketumpatan larutan. Telur akan terapung apabila ketumpatan larutan garam lebih tinggi daripada ketumpatan telur.

Leave a Comment