Aktiviti 5.6 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.6:
(A) Suhu tidak berubah semasa pendidihan air

Tujuan: Menyiasat suhu air tidak berubah semasa pendidihan

Bahan dan radas: Penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, bikar, termometer, 100 ml air, kaki retort dan pengapit.

Arahan


1. Masukkan 100 ml air ke dalam sebuah bikar. Catat suhu awal air.
2. Panaskan air tersebut. Catat suhu air setiap 10 minit sehingga suhu tidak berubah (Rajah 5.15).

Soalan
1. Mengapakah suhu air tidak berubah semasa mendidih?
2. Bina satu graf suhu melawan masa bagi pendidihan air.


Jawapan:
1. Suhu air tidak berubah semasa mendidih kerana haba digunakan untuk memutuskan ikatan zarah-zarah air.

2.


Aktiviti 5.6:
(B) Jisim tidak berubah semasa perubahan fizikal

Tujuan: Menyiasat jisim tidak berubah semasa perubahan fizikal

(I) Perubahan jisim semasa ais bertukar menjadi air

Bahan dan radas: Kiub ais, bikar, neraca tuas.

Arahan

1.
Timbang jisim bikar kosong. Catat jisim bikar kosong tersebut.
2. Masukkan ais ke dalam bikar. Catat jisim bikar bersama dengan ais.
3. Kemudian, biarkan sehingga semua ais melebur menjadi air. Timbang jisim bikar bersama air.
4. Catat jisimnya (Rajah 5.16).

Soalan
1. Adakah jisim ais dan jisim air berbeza?


(II) Perubahan jisim semasa garam melarut

Bahan dan radas: Sepuluh spatula garam halus, 100 ml air, rod kaca, bikar, neraca tuas.

Arahan


1. Timbang jisim bikar bersama dengan 100 ml air. Catat jisim bikar bersama dengan air tersebut.
2. Masukkan garam ke dalam bikar tersebut. Timbang dan catat jisim bikar bersama garam.
3. Kemudian, kacau garam yang dimasukkan ke dalam bikar sehingga semua garam melarut. Selepas semua garam melarut, timbang jisim larutan tersebut. Catat jisimnya (Rajah 5.17).

Soalan
1. Adakah jisim garam berubah selepas dilarutkan?


(III) Perubahan jisim semasa pengembangan pepejal

Bahan dan radas: Bebola logam dan gelang, penunu Bunsen, neraca tiga alur.

Arahan


1. Timbang bebola logam bersama dengan gelang. Catat jisimnya.
2. Panaskan bebola logam selama 5 minit. Timbang bebola logam yang panas itu bersama dengan gelang. Catat jisimnya (Rajah 5.18).

Soalan
1. Adakah jisim sebelum dan selepas bebola logam dipanaskan berbeza?

Jawapan:
(I) Tidak
(II) Tidak
(III) Tidak

Leave a Comment