Aktiviti 6.6 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.6:
Tujuan: Mengasingkan campuran melalui kaedah pemisahan menggunakan magnet

Bahan dan radas: Campuran serbuk besi dan serbuk sulfur, spatula, piring Petri, magnet bar, kertas

Arahan

1. Letakkan satu spatula campuran serbuk besi dan serbuk sulfur ke dalam piring Petri.
2. Letakkan magnet bar dekat dengan campuran tersebut (Rajah 6.23).
3. Catatkan pemerhatian anda.


Soalan
1. Serbuk yang manakah tertarik pada magnet?
2. Adakah serbuk yang anda jawab dalam soalan 1 dikategorikan sebagai logam atau bukan logam?

Jawapan:
1. Serbuk besi
2. Logam

Leave a Comment