Praktis Formatif 7.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Senaraikan komposisi udara.

Jawapan:
Nitrogen 78%, Oksigen 21%, karbon dioksida 0.03%, gas nadir dan lain-lain 0.97%

Soalan 2:
Apakah cara anda mengenal pasti gas oksigen dan gas karbon dioksida?

Jawapan:
Ujian kayu uji berbara bagi oksigen dan ujian air kapur bagi karbon dioksida.

Soalan 3:
Apakah kepentingan karbon dioksida kepada tumbuhan?

Jawapan:
Karbon dioksida digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis.

Soalan 4:
Apakah kesan peningkatan karbon dioksida dalam udara kepada manusia?

Jawapan:
Boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Soalan 5:
Sebagai seorang murid yang menghargai kepentingan kitar karbon dan kitar oksigen, cadangkan beberapa cara untuk memastikan keseimbangan kandungan karbon dioksida dan oksigen dalam udara.

Jawapan:
• Penebangan hutan secara terancang

• Mengelakkan penggunaan racun serangga secara berlebihan

• Mengurangkan penggunaan penghawa dingin

Leave a Comment