Aktiviti 8.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.1:
Tujuan: Mengkaji dan membezakan imej sahih dan maya

Bahan dan radas: Sekeping kadbod hitam dan sekeping kadbod putih yang bersaiz A4, lilin, jarum peniti, cermin

Arahan
1. Gunakan jarum peniti untuk menebuk lubang pada sekeping kadbod hitam.

2. Susun bahan dan radas seperti dalam Rajah 8.1 di dalam sebuah bilik gelap. Kadbod putih yang tidak ditebuk ialah skrin tempat imej akan terbentuk.


3. Perhatikan imej yang terbentuk pada kadbod kedua yang bertindak sebagai skrin.

4. Pilih seorang murid untuk berdiri di depan cermin seperti dalam Rajah 8.2. Perhatikan imej yang terbentuk.



Soalan
1. Adakah imej yang terbentuk dalam Rajah 8.1 imej sahih atau maya?

2. Bandingkan ciri-ciri imej yang terbentuk dalam Rajah 8.1 dengan Rajah 8.2.

Jawapan:
1. Imej sahih

2. Imej dalam Rajah 8.1 ialah imej sahih manakala imej dalam Rajah 8.2 ialah imej maya.

Leave a Comment