Aktiviti 8.2 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.2:
Tujuan: Mengkaji ciri-ciri imej dalam cermin satah, cermin cekung, dan cermin cembung

Bahan dan radas: Cermin satah, cermin cekung, cermin cembung, kertas graf, lilin, pembaris.

Arahan
1. Letakkan sebatang lilin di atas sekeping kertas graf pada jarak 4 petak kertas graf daripada cermin satah seperti pada Rajah 8.4.


2. Perhatikan imej yang terbentuk. Adakah imej tersebut sama saiz atau lebih kecil atau lebih besar daripada objek?


3. Catatkan keputusan yang diperoleh dalam bentuk jadual di bawah.

4. Ulang langkah 1 hingga 2 dengan menggantikan cermin satah dengan cermin cekung dan cermin cembung.


5. Kemudian, ukur jarak imej dari cermin satah.
Jarak imej dari cermin satah = ___________ petak pada kertas graf


Soalan
1. Bandingkan saiz imej yang terbentuk pada cermin-cermin tersebut dengan saiz objek.
2. Bandingkan jarak imej dari cermin satah dengan jarak objek daripada cermin satah.

Jawapan:
1. Cermin satah: Saiz imej sama dengan saiz objek
Cermin cekung: Saiz imej lebih besar dari saiz objek
Cermin cembung: Saiz imej lebih kecil daripada saiz objek

2. Jarak imej dari cermin satah sama dengan jarak objek dari cermin satah.

Leave a Comment