Eksperimen 8.1 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Eksperimen 8.1:
Pernyataan masalah: Apakah hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut pantulan, r?

Hipotesis: Sudut tuju, i adalah sama dengan sudut pantulan, r.

Tujuan: Menyiasat hubungan sudut tuju, i dengan sudut pantulan, r

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Sudut tuju, i
Pemboleh ubah bergerak balas: Sudut pantulan, r
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz celah

Bahan dan radas: Cermin satah, kotak sinar, bekalan kuasa, kertas putih, protraktor.


Prosedur

1.
Lakukan aktiviti ini dalam keadaan gelap.

2. Susun kotak sinar dan cermin satah di atas sehelai kertas putih (Rajah 8.12).

3. Tujukan sinar cahaya yang menuju ke cermin satah pada sudut i =10°.

4. Ukur sudut pantulan, r.

5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan sudut tuju, i = 20°, 30°, 40° dan 50°.

6. Catatkan keputusan anda dalam bentuk jadual di bawah.

Keputusan

Kesimpulan
Adakah hipotesis diterima? Apakah hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut pantulan r?

Jawapan:
sudut tuju, i adalah sama dengan sudut pantulan, r.


Leave a Comment