Praktis Sumatif 8 (Soalan 10 – 12) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Soalan 10:
Seorang lelaki ingin melihat keadaan di belakang dinding seperti dalam Rajah 6. Reka cipta satu alat untuk membantu lelaki itu untuk melihat keadaan di belakang dinding itu. Lukis alat itu.



Jawapan:
Mereka suatu periskop.



Soalan 11:
Khairul sedang belajar menangkap ikan dengan menggunakan lembing di sungai. Walaupun dia telah mencuba untuk merejam ke arah sasaran beberapa kali, tetapi dia masih tidak dapat menangkap ikan. Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan apakah fenomena yang berlaku? Bagaimanakah anda dapat membantu Khairul untuk menangkap ikan? Terangkan.



Jawapan:
Fenomena pembiasan. Khairul perlu tujukan lembingnya pada kedudukan yang lebih dalam ke arah dasar sungai. Hal ini demikian kerana pembiasan cahaya berlaku apabila sinaran cahaya daripada ikan bergerak keluar daripada air. Oleh itu, imej terbentuk lebih hampir kepada permukaan air.

Soalan 12:
Seorang pengembara tersesat di dalam hutan. Jam tangannya telah hilang. Reka cipta satu alat yang dapat membantunya menganggar waktu. Terangkan sifat cahaya yang digunakan dalam penciptaan alat tersebut. Lukis alat itu.


Jawapan:
Jam matahari. Pembentukan bayang-bayang.

Leave a Comment