Latihan Formatif 1.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Kelaskan haiwan-haiwan yang berikut berdasarkan ciri-ciri sepunya.


Jawapan:



Soalan 2:
Pokok bunga matahari dan pokok padi merupakan tumbuhan berbunga. Nyatakan satu persamaan dan tiga perbezaan antara kedua-dua tumbuhan tersebut.

Jawapan:
Persamaan: Kedua-dua tumbuhan menghasilkan biji benih

Perbezaan:
(a) pokok padi ialah tumbuhan monokotiledon manakala pokok bunga matahari ialah tumbuhan dikotiledon.

(b) pokok padi berakar serabut manakala pokok bunga matahari berakar tunjang.

(c) Daun pokok padi berurat selari manakala daun pokok bunga matahari berurat jejala.


Soalan 3:
Berikan dua perbezaan antara tumbuhan monokotiledon dengan dikotiledon.

Jawapan:
(a) Daun tumbuhan monokotiledon berurat selari manakala daun tumbuhan dikotiledon berurat jejala.

(b) Tumbuhan monokotiledon berakar serabut manakala tumbuhan dikotiledon berakar tunjang.

Leave a Comment