Aktiviti 3.7 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Aktiviti 3.7:
Tujuan: Mengkaji tindakan enzim di dalam air liur terhadap kanji.

Bahan: Ampaian kanji 1%, larutan iodin, larutan Benedict dan air suling

Radas: Tabung didih, penunu Bunsen, rod kaca, kasa dawai, bikar 250 ml, tabung uji, pemegang tabung uji, jam randik, penitis, tungku kaki tiga, kaki retort dan pengapit

Arahan
1. Kumur mulut anda dengan air suling dan kumpulkannya di dalam sebuah bikar. Gunakan larutan ini untuk langkah 3.

2. Masukkan 10 ml ampaian kanji ke dalam dua tabung didih, P dan Q.

3. Tambahkan 4 ml larutan tadi ke dalam tabung didih Q. Kacau campuran dengan rod kaca yang bersih.

4. Keluarkan 2 ml larutan daripada setiap tabung didih dan jalankan ujian iodin dan ujian Benedict.

5. Letakkan tabung didih P dan Q di dalam kukus air pada suhu 37°C dan mulakan jam randik (Rajah 3.15).

6. Selepas 30 minit, keluarkan 2 ml larutan daripada setiap tabung didih dan jalankan ujian iodin dan ujian Benedict.

7. Rekodkan pemerhatian anda dalam sebuah jadual.


Soalan
1. Mengapakah suhu kukus air perlu dikekalkan pada 37°C?

2. Apakah yang berlaku kepada kanji dalam tabung didih Q pada akhir eksperimen?

3. Apakah enzim yang terdapat di dalam air liur kita?


Jawapan:
1. 37ºC ialah suhu optimum bagi tindakan enzim/ suhu badan manusia

2. Dicernakan menjadi maltosa

3. Amilase

Leave a Comment