Latihan Formatif 3.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Apakah maksud pencernaan?

Jawapan:
Pencernaan ialah proses memecahkan molekul besar dan kompleks kepada molekul kecil dan ringkas.


Soalan 2:
Lengkapkan peta alir tentang aliran makanan di dalam salur pencernaan.


Jawapan:
(a) Mulut 
(b) Esofagus
(c) Perut 
(d) Duodenum
(e) Usus kecil
(f) Usus besar
(g) Rektum
(h) Dubur


Soalan 3:
Namakan tiga enzim pencernaan dan nyatakan fungsinya.

Jawapan:
(a) Amilase: Mencernakan kanji

(b) Protease: Mencernakan protein

(c) Lipase: Mencernakan lemak


Soalan 4:
Seorang lelaki telah mengalami ketumbuhan pada pankreas dan telah menjalani pembedahan untuk membuang pankreasnya. Terangkan kesan terhadap proses pencernaan lelaki tersebut.

Jawapan:
Protease, lipase dan amilase tidak dapat dihasilkan. Oleh itu, protein, lemak dan kanji tidak dapat dicerna secara berkesan.

Leave a Comment