Eksperimen (A) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Eksperimen (A):
Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

(A) Kelembapan udara
Pernyataan masalah: Adakah kelembapan udara mempengaruhi kadar penyejatan air?

Hipotesis: Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar penyejatan air.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Suhu persekitaran, isi padu air, pergerakan udara dan luas permukaan air yang terdedah
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kelembapan udara
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar penyejatan air

Bahan: Kertas kobalt klorida kontang, air, benang dan kalsium klorida kontang

Radas: Serkup kaca dan bikar

Prosedur:
1. Celupkan dua kertas klorida kontang ke dalam air sehingga keseluruhan kertas itu lembap.

2. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8.

3. Perhatikan kertas kobalt klorida.

4. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual yang sesuai.



Kesimpulan:
Adakah hipotesis bagi setiap eksperimen yang dijalankan diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
1. Nyatakan fungsi air dan kalsium klorida kontang dalam Eksperimen A.


Jawapan:
1. Air melembabkan udara di dalam serkup kaca R manakala kalsium klorida kontang menyerap wap air di dalam balang kaca S supaya udaranya kering.

Leave a Comment