Eksperimen (C) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Eksperimen (C):
Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

(C) Luas permukaan air yang terdedah
Pernyataan masalah: Adakah luas permukaan air yang terdedah mempengaruhi kadar penyejatan air?

Hipotesis: Semakin besar luas permukaan air yang terdedah, semakin tinggi kadar penyejatan air.

Pemboleh ubah:
(a) Pemboleh ubah dimalarkan: Kelembapan udara, isi padu air, pergerakan udara dan suhu persekitaran
(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Luas permukaan air yang terdedah
(c) Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar penyejatan air

Bahan: Kertas turas, air dan benang

Radas: Kaki retort dan pengapit

Prosedur:
1. Sediakan tiga helai kertas turas, P, Q dan R.

2. Celupkan ketiga-tiga kertas turas tersebut di dalam air.

3. Lipatkan kertas turas Q kepada dua bahagian dan kertas turas R kepada empat bahagian.

4. Gantungkan kertas turas tersebut pada tiga kaki retort yang berlainan (Rajah 5.10).


5. Rekodkan masa yang diambil oleh ketiga-tiga helai kertas turas tersebut untuk kering dalam jadual yang sesuai.

Kesimpulan:
Adakah hipotesis bagi setiap eksperimen yang dijalankan diterima? Berikan alasan anda.

Soalan
3. Bagaimanakah luas permukaan memberi kesan kepada kadar penyejatan air?


Jawapan:
3. Semakin besar luas permukaan air yang terdedah, semakin tinggi kadar penyejatan air.

Leave a Comment