Aktiviti 6.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.3:
Tujuan:
Mengkaji hubungan antara nilai pH dengan kekuatan asid dan alkali.

Bahan:
Kertas pH, asid hidroklorik 0.1 M, larutan natrium hidroksida, asid etanoik 0.1 M, larutan ammonia, carta pH dan larutan garam biasa

Radas:
Silinder penyukat, tabung uji dan rak tabung uji

Nota: Pastikan semua larutan yang digunakan mempunyai kepekatan yang sama.

Arahan
1. Masukkan 2 ml asid hidroklorik ke dalam sebuah tabung uji.

2. Uji bahan di dalam tabung uji dengan kertas pH.

3. Perhatikan perubahan warna pada kertas pH dan bandingkan dengan carta pH untuk menentukan nilai pH.

4. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.

5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan bahan-bahan lain untuk menggantikan asid hidroklorik.


Pemerhatian


Soalan
1. Kaitkan kekuatan asid dengan nilai pH.

2. Kenal pasti:
(a) asid kuat 
(b) alkali kuat 
(c) asid lemah
(d) alkali lemah
(e) larutan neutral

3. Ramalkan nilai pH bagi air hujan di kawasan perindustrian. Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
1. Asid kuat mempunyai nilai pH yang rendah.

2.
(a) Larutan asid hidroklorik
(b) Larutan natrium hidroksida
(c) Asid etanoik
(d) Ammonia
(e) Larutan garam biasa

3. Nilai pH kurang daripada 7 kerana gas-gas berasid dari asap kilang akan terlarut dalam air hujan. Jadi, air hujan akan menjadi berasid.

Leave a Comment