Latihan Formatif 6.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Ramalkan susunan bahan-bahan berikut mengikut urutan menurun nilai pH.

Jus oren
Jus peria
Asid hidroklorik
Air mineral

Jawapan:
Jus peria, air mineral, jus oren, asid hidroklorik


Soalan 2:
Nyatakan sebab label botol asid dan alkali mempunyai simbol seperti dalam rajah di bawah.


Jawapan:
Asid dan alkali bersifat mengakis


Soalan 3:
Warna cecair X berubah daripada warna hijau kepada warna merah apabila dititiskan dengan penunjuk semesta.
(a) Tentukan sama ada cecair X berasid, neutral atau beralkali.
(b) Ramalkan warna cecair X jika beberapa titis metil jingga dicampurkan ke dalamnya.

Jawapan:
(a) Berasid

(b) Merah


Soalan 4:
Susun bahan-bahan berikut dalam urutan menaik berdasarkan kekuatan keasidannya.
Jus nanas: pH 4
Susu segar: pH 6
Cuka: pH 2

Jawapan:
Susu segar, jus nanas, cuka

Leave a Comment