Aktiviti 6.5 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.5:
Tujuan:
Mengkaji tindak balas peneutralan antara asid hidroklorik dengan larutan natrium hidroksida.


Bahan:
Fenolftalein, asid hidroklorik 0.5 M dan larutan natrium hidroksida 0.5 M

Radas:
Buret, pipet, kelalang kon, kaki retort dan pengapit, jubin putih dan corong turas


Arahan
1. Isi 30 ml asid hidroklorik ke dalam buret dengan menggunakan corong turas dan catatkan bacaan awal buret.

2. Pindahkan 25 ml larutan natrium hidroksida ke dalam kelalang kon dengan menggunakan pipet.

3. Titiskan tiga titik fenolftalein ke dalam kelalang kon.
Susunkan radas seperti dalam Rajah 6.7.

4. Titiskan asid hidroklorik secara perlahan-lahan dari buret sambil menggoncangkan kelalang kon dengan cermat.

5. Hentikan titisan asid apabila larutan natrium hidroksida berubah warna daripada merah jambu kepada tidak berwarna.

6. Catatkan bacaan akhir buret.


Pemerhatian


Soalan
1. Berapakah isi padu asid hidroklorik yang diperlukan untuk meneutralkan 25 ml larutan natrium hidroksida?

2. Tulis satu persamaan perkataan bagi tindak balas antara asid dengan alkali dalam aktiviti ini.


Jawapan:
1. (Jawapan berdasarkan hasil kajian murid)

2. Asid hidroklorik + Natrium hidroksida → Natrium klorida + Air

Leave a Comment