Latihan Formatif 6.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
(a) Lengkapkan persamaan yang berikut.


(b) Jika asid sulfurik dan larutan natrium hidroksida dicampurkan, apakah hasilnya?
Tuliskan jawapan anda dalam bentuk persamaan perkataan.


Jawapan:
(a) Asid + Alkali → Garam + Air

(b) Asid sulfurik + Natrium hidroksida → Natrium sulfat + Air


Soalan 2:
Terangkan cara ubat gigi dapat membersihkan dan mengelakkan karies gigi.

Jawapan:
Tindak balas bakteria ke atas sisa makanan pada gigi menghasilkan asid yang mengakis gigi dan menyebabkan karies gigi. Ubat gigi yang bersifat alkali dapat meneutralkan asid ini dan mencegah karies gigi.


Soalan 3:
Adakah perapi rambut penting? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Ya. Perapi rambut yang bersifat asid dapat meneutralkan syampu yang bersifat alkali pada rambut. Ini menjadikan rambut bersih dan bersinar.

Leave a Comment