Latihan Sumatif 6 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Berikut adalah senarai beberapa jenis bahan.

Asid malik
Asid formik
Larutan kalium hidroksida

Berdasarkan senarai di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.
(a) Bahan manakah yang mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7?

(b) Nyatakan bahan yang terdapat pada:
(i) semut merah
(ii) epal hijau

(c) Ramalkan pemerhatian anda jika pita magnesium dimasukkan ke dalam larutan kalium hidroksida dan diuji dengan kayu uji bernyala.


Jawapan:
(a) Asid formik, Asid malik

(b)(i) Asid formik
(ii) Asid malik

(c) Tiada perubahan

Soalan 2:
(a) Shida ingin menjalankan aktiviti untuk menentukan nilai pH bagi gas ammonia.
Berdasarkan pengetahuan anda tentang asid dan alkali, jelaskan cara Shida dapat menentukan nilai pH bagi gas ammonia itu.

(b) Nyatakan satu kelebihan kertas pH berbanding kertas litmus.

(c) Grace telah menitiskan dua titik fenolftalein ke dalam larutan M yang tidak berwarna. Dia mendapati larutan tersebut kekal tidak berwarna.
(i) Adakah larutan M berasid? Jelaskan jawapan anda.
(ii) Cadangkan ujian lain yang patut dijalankan untuk mengukuhkan jawapan anda di (i).


Jawapan:
(a) Salurkan gas ammonia ke dalam air. Uji larutan itu menggunakan penunjuk yang sesuai. Catatkan pH larutan.

(b) Kertas pH dapat menentukan nilai pH bahan yang diuji tetapi kertas litmus tidak dapat menentukan nilai pH bahan yang diuji.


(c)(i) Ya. Larutan fenolftalein kekal tidak berwarna dalam keadaan berasid dan neutral, dan berwarna merah jambu jika beralkali.

(c)(ii) Masukkan kertas litmus merah dan biru ke dalam larutan M. Jika warna kertas litmus biru bertukar menjadi warna merah, larutan M bersifat asid. Jika kertas litmus merah tidak berubah warna, maka larutan M berasid.
(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Leave a Comment