Latihan Sumatif 6 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Soalan 3:

Rajah 1 menunjukkan tindak balas kertas litmus biru dan kertas litmus merah dengan tiga larutan berbeza.

(a) Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan larutan-larutan tersebut kepada dua kumpulan berdasarkan ciri sepunya masing-masing.

(b) Nyatakan dua ciri lain bagi setiap kumpulan yang anda nyatakan dalam 3 (a).

(c) Nyatakan satu contoh bahan kegunaan harian yang mempunyai ciri seperti
(i) larutan P
(ii) larutan Q


Jawapan:
(a)
Berasid: P dan R
Beralkali: Q

(b)
P, R
– Rasa masam
– Nilai pH kurang daripada 7

Q
– Rasa pahit
– Nilai pH lebih daripada 7


(c)(i)
P – Cuka// Jus limau

(ii)
Q – Syampu// Sabun// Detergen

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 4:
Badan Amran telah disengat ubur-ubur semasa sedang mandi di laut bersama dengan kawan-kawannya. Bahagian badannya yang disengat menjadi merah dan bengkak. Kesakitan Amran bertambah apabila kawannya menyapu bahagian yang sakit itu dengan sabun dan ubat gigi.

(a) Terangkan sebab kesakitan Amran bertambah apabila disapu dengan sabun dan ubat gigi.

(b) Cadangkan satu cara untuk mengurangkan kesakitan Amran.


Jawapan:
(a) Bisa sengatan ubur-ubur ialah beralkali, sabun dan ubat yang bersifat alkali tidak dapat meneutralkan bisa tersebut malah menambahkan kekuatan bisa tersebut.

(b) Sapu dengan jus nanas/ cuka/ bahan berasid untuk meneutralkan bisa sengatan yang beralkali itu

Leave a Comment