Latihan Sumatif 6 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 6


Soalan 5:
(a) Kiran sedang membersihkan ikan yang dibeli di pasar. Bau hanyir ikan menyebabkan Kiran berasa mual. Cadangkan satu cara untuk menghilangkan bau hanyir tersebut. Terangkan jawapan anda.

(b) Bagaimanakah anda dapat meneutralkan cuka dengan menggunakan larutan natrium hidroksida? Nyatakan prosedur untuk aktiviti ini.


Jawapan:
(a) Bau hanyir ikan dapat dihilangkan dengan membasuh ikan menggunakan air limau atau belimbing buluh yang mempunyai sifat asid. Badan ikan yang mati mempunyai tisu yang menghasilkan ammonia yang bersifat alkali dan berbau hanyir.


(b) Titiskan penunjuk semesta ke dalam cuka, kemudian masukkan larutan natrium hidroksida sedikit demi sedikit sehingga warna larutan berubah menjadi hijau. Pada ketika ini, cuka telah dineutralkan.
(Murid boleh menggunakan penunjuk lain dan perubahan warna pada takat neutral bergantung pada jenis penunjuk)

Soalan 6:
Seorang petani mendapati tanah pertaniannya tidak subur. Anaknya melakukan satu ujian yang ringkas ke atas sampel tanah tersebut untuk mengenal pasti puncanya. Jadual 1 menunjukkan ujian yang dilakukan dan pemerhatian yang diperolehnya.



(a) Berdasarkan pemerhatian bagi kedua-dua ujian ke atas sampel tanah tersebut, terangkan rumusan yang diperolehnya.

(b) Kaitkan jawapan anda dalam 6 (a) dengan ketidaksuburan tanah tersebut.

(c) Cadangkan dan terangkan satu cara untuk mengatasi masalah petani itu.


Jawapan:
(a) Tanah petani itu terlalu berasid. Hal ini telah dibuktikan apabila asid dalam tanah itu larut dalam air dan bertindak balas dengan serbuk penaik untuk menghasilkan gas.


(b) Tanah yang terlalu berasid tidak subur kerana kekurangan kandungan garam mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan. Kekurangan garam mineral berlaku kerana garam mineral di dalam tanah berasid mudah larut dalam air hujan dan dihanyutkan ke tempat lain.


(c) Taburkan kapur mati kepada tanah itu. Kapur mati yang bersifat alkali akan mengurangkan keasidan tanah.

Leave a Comment