Aktiviti 7.2:
Tujuan:
Mengkaji kewujudan cas elektrostatik pada bahan.

Bahan:
Belon, cebisan kertas yang kecil dan aliran air paip
Nota: Pastikan kain dan radas dalam keadaan kering
Radas:
Rod politena, jalur selulosa asetat dan kain bulu
Arahan
1. Gosok rod politena dengan kain bulu.
2. Dekatkan rod itu pada cebisan kertas kecil
(Gambar foto 7.3). Rekodkan pemerhatian anda.
3. Ulang langkah 1.
4. Dekatkan rod itu dengan aliran air paip yang halus dan rekodkan pemerhatian anda.
5. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan jalur selulosa asetat dan belon untuk menggantikan rod politena.
Soalan
1. Berikan inferens untuk pemerhatian anda.
2. Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menguji kewujudan cas elektrostatik pada belon?
Terangkan langkah-langkahnya.
Jawapan:
1. Cebisan kertas tertarik kepada objek kerana objek yang digosok dengan kain bulu akan mengalami kesan cas elektrostatik.
2
i. Gosokkan dua buah belon berisi udara pada rambut yang kering.
ii. Selepas beberapa minit, dekatkan belon-belon berkenaan.
iii. Belon-belon akan menolak antara satu sama lain.
iv. Ini menunjukkan belon-belon tersebut telah mengumpulkan cas-cas yang sama apabila digosok dengan rambut.