Aktiviti 7.8 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.8:
Tujuan:
Mengkaji pengaliran arus, voltan dan rintangan dalam litar selari.

Radas:
Pemegang sel, dawai penyambung, suis, mentol (1.5 V), sel kering, ammeter dan voltmeter

Arahan


1. Pasangkan satu litar selari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.11 (a).


2. Hidupkan suis dan ukur arus yang melalui mentol M. Ukur arus yang melalui mentol N dengan menukarkan kedudukan ammeter.


3. Ukur arus yang mengalir melalui kedua-dua mentol M dan N dengan memasang litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.11 (b).



4. Pasangkan voltmeter merentasi mentol M diikuti oleh mentol N seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.11 (c) untuk mengukur voltan yang merentasi setiap mentol.


5. Pasangkan voltmeter seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.11 (d) untuk mengukur voltan yang merentasi dua mentol.

6. Hitungkan rintangan bagi setiap mentol secara berasingan dan untuk kedua-dua mentol dengan menggunakan Hukum Ohm.

7. Catatkan semua bacaan dalam bentuk jadual.

Soalan
1. Adakah nilai voltan mentol M dan N berbeza?
2. Senaraikan kelebihan dan kekurangan litar selari.


Jawapan:
1. Voltan mentol M dan N adalah sama kerana voltan dalam litar selari adalah sama.

2.
Kelebihan litar selari
(a) Setiap alat boleh dikawal oleh suis sendiri.
(b) Kerosakan satu alat tidak mengganggu fungsi alat yang lain.

Kekurangan litar selari
Voltan setiap alat tidak dapat dikawal.

Leave a Comment