Aktiviti 7.9 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.9:
Tujuan: Mengkaji corak medan magnet.

Bahan: Serbuk besi dan kad nipis

Radas: Magnet bar, magnet ladam kuda, magnet magnadur, kompas dan kertas lukisan.

Arahan


1.
Taburkan serbuk besi secara seragam di atas sehelai kad nipis (Gambar foto 7.15).


2. Letakkan kad itu di atas sebatang magnet bar (Gambar foto 7.16) dan ketuk kad itu secara perlahan-lahan sehingga suatu corak terbentuk.


3. Lukiskan corak yang terbentuk.


4. Susunkan empat kompas dan sebuah magnet bar di atas kertas lukisan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.15.

5. Tandakan arah jarum kompas pada corak yang telah anda lukis dalam langkah 3.

6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan magnet bar dengan magnet ladam kuda dan magnet magnadur.

Soalan
1. Pada bahagian magnet manakah garisan medan magnet yang paling banyak ditemui?

2. Apakah arah garisan medan magnet?

3. Apakah hubungan antara garisan medan magnet dan kekuatan medan magnet?


Jawapan:
1. Pada kedua-dua hujung magnet.

2. Daripada utara ke selatan.

3. Semakin rapat garisan medan magnet, semakin kuat medan magnet.

Leave a Comment