Aktiviti 7.10 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.10:
Tujuan:
Mengkaji corak dan arah medan magnet yang dihasilkan oleh arus elektrik yang mengalir melalui konduktor yang berlainan.

Bahan:
Dawai lurus kuprum, dawai gelung, kadbod nipis, solenoid dan serbuk besi

Radas:
Kompas, kaki retort dan pengapit, bekalan kuasa (a.t. 3 V), dawai penyambung dan klip buaya


Arahan


1.
Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.17.

2. Taburkan serbuk besi secara seragam ke atas kadbod. Hidupkan bekalan kuasa dan ketuk kadbod itu secara perlahan sehingga suatu corak medan magnet terhasil.

3. Matikan bekalan kuasa dan lakarkan corak medan magnet yang terbentuk.



4. Letakkan empat kompas di sekeliling dawai lurus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.18.

5. Hidupkan semula bekalan kuasa dan perhatikan arah jarum kompas.

6. Matikan bekalan kuasa. Tandakan arah aliran arus dan arah medan magnet dalam corak yang anda lukis di langkah 3.

7. Songsangkan arah arus dan perhatikan semula corak dan arah medan magnet.

8. Ulang langkah 1 hingga 7 dengan menggantikan dawai lurus dengan dawai gelung dan solenoid.

Soalan
1. Apakah tujuan menggunakan serbuk besi dan kompas dalam aktiviti ini?

2. Adakah corak medan magnet bagi ketiga-tiga konduktor di atas sama?

3. Apakah yang dapat diperhatikan pada medan magnet apabila arah aliran arus disongsangkan?


Jawapan:
1. Serbuk besi digunakan untuk menunjukkan corak medan magnet dan kompas digunakan untuk menunjukkan arah medan magnet.

2. Dawai lurus, dawai gelung dan solenoid menghasilkan corak medan yang berbeza.

3. Apabila arah aliran arus disongsangkan, arah garis medan magnet turut menjadi songsang. Tetapi, corak medan magnet tetap tidak berubah.

Leave a Comment