Aktiviti 8.8 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.8:
Tujuan: Menunjukkan udara mengenakan tekanan.

Arahan:


1. Isi sebiji gelas dengan air sehingga penuh.

2. Tutup permukaan gelas tersebut dengan sekeping kad.

3. Pegang kad dan terbalikkan gelas itu dengan cepat.

4. Alihkan tangan dengan teliti. Perhatikan sama ada air mengalir keluar dari gelas (Rajah 8.34).

Soalan
Mengapakah apabila tangan yang memegang kad dialihkan, air tidak mengalir keluar dari gelas?


Jawapan:
Hal ini demikian kerana daya akibat tekanan atmosfera yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut.

Leave a Comment