Aktiviti 8.9 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Aktiviti 8.9:
Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan gas.

Bahan: Air

Radas: Tolok Bourdon, bikar 250 ml, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kaki retort dan pengapit, kasa dawai, blok kayu, termometer, tiub getah, pengacau, kelalang dasar bulat dan picagari

(A) Isi padu


Arahan

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.35.

2. Tolak omboh ke dalam picagari. Perhatikan perubahan pada bacaan tolok Bourdon.

3. Tarik omboh keluar dari picagari. Perhatikan perubahan pada bacaan tolok Bourdon.

4. Catatkan pemerhatian anda.

Soalan
Apakah hubungan antara isi padu udara dengan tekanan udara di dalam picagari?


(B) Suhu


Arahan
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.36.

2. Panaskan air di dalam bikar secara perlahan-lahan. Perhatikan bacaan suhu pada termometer dan tolok Bourdon.

3. Catatkan pemerhatian anda.

Soalan
Apakah hubungan antara perubahan suhu dengan tekanan udara?


Jawapan:
(A) Apabila isi padu udara dalam picagari semakin berkurang, tekanan udara semakin bertambah.

(B) Apabila suhu semakin bertambah, tekanan udara semakin bertambah.

Leave a Comment