Latihan Sumatif 8 (Soalan 10 – 12) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Soalan 10:
Azman ingin memindah cecair dari bikar B ke bikar A (Rajah 5). Dia telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya. Apakah masalahnya? Ubah suaikan alat ini supaya dapat memindahkan cecair dari bikar B ke bikar A.



Jawapan:
Tiub tidak dipenuhi dengan air dan hujung tiub dalam bikar A pada kedudukan lebih tinggi daripada bikar B

Pengubahsuaian:
1. Tinggikan kedudukan bikar B.

2. Isi tiub dengan air hingga penuh.



Soalan 11:
Wan dan Nurul duduk di atas sebuah jongkang-jongket (Rajah 6). Jongkang-jongket itu tidak seimbang kerana Wan mempunyai jisim sebanyak 45 kg tetapi Nurul hanya berjisim 30 kg. Cadangkan cara Nurul boleh menyeimbangkan jongkang-jongket itu.



Jawapan:
Nurul perlu duduk lebih jauh daripada fulkrum, supaya momen daya bertambah untuk diseimbangkan dengan momen daya oleh Wan.

Soalan 12:
Encik Tan menolak sebuah kereta sorong di atas jalan berlumpur (Rajah 7). Dia mendapati sangat sukar untuk menolak kereta sorongnya. Cadangkan satu pengubahsuaian yang boleh dibuat bagi mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas jalan. Terangkan jawapan anda.



Jawapan:
Pengubahsuaian: Gunakan roda dengan luas permukaan yang lebih besar. Penerangan: Tekanan berkurang apabila luas permukaan bertambah.

Leave a Comment