Latihan Sumatif 9 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:


Rajah 1 menunjukkan sebuah kereta di tempat letak kereta yang terdedah kepada cahaya Matahari. Cermin hadapan kereta berkenaan retak sebaik sahaja penyaman udara dihidupkan.

(a) Jelaskan fenomena yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

(b) Cadangkan dan jelaskan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya kejadian ini tidak berlaku.


Jawapan:
(a) Cermin kereta tersebut retak kerana perubahan suhu secara mendadak menyebabkan pengecutan lapisan cermin kereta yang tidak seragam.

(b) Buka cermin tingkap sebelum menghidupkan penyaman udara supaya udara panas dari dalam kereta dapat dikeluarkan dahulu.

Soalan 2:
Jauhkan daripada haba atau api!

Amaran di atas boleh dijumpai pada tin penyembur racun serangga. Bincangkan kemungkinan yang akan berlaku jika tin penyembur racun kosong dibuang di tempat pembuangan sampah.

Jawapan:
Haba yang tinggi akibat cuaca yang panas atau pembakaran sampah akan meningkatkan tekanan dalam tin dan seterusnya meletupkan tin.

Soalan 3:
Bagaimanakah anda membuktikan bahawa pemindahan haba melalui sinaran tidak memerlukan medium? Berikan penjelasan yang ringkas.

Jawapan:
Nyalakan mentol dalam kelalang vakum. Selepas beberapa minit bekas kelalang terasa panas. Hal ini dapat membuktikan bahawa pemindahan haba boleh berlaku tanpa medium melalui sinaran.

Leave a Comment