Latihan Sumatif 9 (Soalan 4 – 6) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 9


Soalan 4:
(a) Apakah yang menyebabkan arus perolakan?

(b) Cara pemindahan haba yang manakah paling pantas? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Arus perolakan disebabkan oleh perubahan ketumpatan zarah zarah bendalir. Bahagian zarah zarah bendalir yang panas akan mengembang, menjadi kurang tumpat lalu naik ke atas. Manakala, bahagian zarah-zarah bendalir sejuk yang lebih tumpat akan turun ke bawah. Aliran bendalir yang berterusan ini menyebabkan arus perolakan.

(b) Sinaran ialah cara pemindahan haba yang paling pantas kerana sinaran tidak memerlukan medium untuk perambatan.

Soalan 5:
Cuaca sejuk pada hari hujan menyebabkan Dayah menghadapi kesukaran untuk tidur. Satu selimut tebal yang digunakannya masih tidak dapat mengurangkan kesejukan badannya. Cadangkan satu reka bentuk selimut yang boleh menyelesaikan masalah ini (gunakan konsep pemerangkapan haba).


Jawapan:
Dayah boleh menggunakan dua selimut nipis yang dijahit bersama untuk menyelesaikan masalah ini. Dua selimut nipis yang dijahit bersama dapat memerangkap lapisan udara di antara selimut. Udara yang merupakan penebat haba (konduktor haba yang lemah) akan menghalang haba badan daripada terlepas ke persekitaran.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan susunan radas satu eksperimen untuk mengkaji pemindahan haba.


Selepas radas dibiarkan selama 10 minit, didapati termometer menunjukkan bacaan suhu 60°C. Cadangkan dan jelaskan pengubahsuaian yang perlu dilakukan kepada susunan radas supaya suhu air mencapai suhu bilik dengan lebih cepat.


Jawapan:
• Buka penutup polistirena supaya haba dapat dibebaskan ke persekitaran melalui permukaan air.

• Letakkan bikar dalam bekas berisi ais supaya haba dibebaskan dengan lebih cepat.

Leave a Comment