Aktiviti 10.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Tujuan: Mengkaji ciri-ciri gelombang bunyi.

(A) Perambatan:

(i) Memerlukan medium untuk perambatan
Radas: Balang kaca, kepingan polistirena, jam loceng dan pam vakum

Arahan
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.


2. Bunyikan jam loceng dan dengarkan bunyi yang terhasil.
3. Kemudian, hidupkan suis pam vakum untuk menyedut keluar udara.
4. Catatkan pemerhatian anda.

(ii) Merambat pada kelajuan yang berbeza di dalam medium yang berbeza
Bahan: Air dan tepung

Radas: Bekas plastik dan jam loceng

Arahan
1. Sediakan tiga bekas plastik yang masing-masing diisi udara, air dan tepung.

2. Letakkan bekas plastik kosong (berisi udara) yang ditutup rapat di atas meja dan lekapkan telinga anda pada bekas tersebut (Rajah 10.2).

3. Minta rakan anda membunyikan jam loceng di hujung meja kemudian dengarkan bunyi yang terhasil.

4. Ulang langkah 2 dan 3 menggunakan bekas yang berisi air dan tepung. Bandingkan kekuatan bunyi yang dihasilkan.


Soalan
1. Apakah yang diperhatikan apabila pam vakum dihidupkan? Berikan inferens untuk pemerhatian anda.

2. Susun bekas plastik berisi udara, air dan tepung mengikut kekuatan bunyi dalam urutan menaik.


Jawapan:
1. Bunyi tidak kedengaran kerana tiada medium untuk bunyi merambat.

2. Udara, air dan tepung

(B) Bunyi boleh dipantul dan diserap:
Radas: Tiub kadbod, jam randik analog, plastisin, kepingan kayu, kepingan logam, papan lembut dan tuala

Arahan
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.3 dan pastikan terdapat jarak kira-kira 5 cm di antara kepingan kayu dan hujung tiub kadbod.


2. Gerakkan tiub Q sehingga anda dapat mendengar detikan jam randik analog dengan sangat jelas.

3. Tanpa mengubah kedudukan tiub P dan Q, gantikan kepingan kayu dengan kepingan logam diikuti dengan tuala. Bandingkan kekuatan detikan jam.

4. Rekodkan semua pemerhatian anda.

Soalan
1. Berdasarkan pemerhatian anda, permukaan manakah yang
(a) penyerap bunyi yang baik?
(b) pemantul bunyi yang baik?

2. Ramalkan sama ada kepingan kaca merupakan penyerap atau pemantul bunyi yang baik.


Jawapan:
1. (a) Tuala
(b) Kepingan logam

2. Kaca ialah pemantul bunyi yang baik.

Leave a Comment