Aktiviti 1.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Aktiviti 1.3:
Mengesan perubahan saiz pupil pada mata terhadap keamatan cahaya (tindakan luar kawal)

Tujuan: Memerhatikan perubahan saiz pupil pada mata terhadap keamatan cahaya yang berbeza

Radas
Cermin muka dan lampu

Arahan
1. Kenal pasti pupil pada mata seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.



2. Perhatikan pupil pada mata anda dengan menggunakan cermin muka dalam keadaan cahaya terang.
Lakarkan saiz pupil pada mata yang diperhatikan.

3. Perhatikan pupil pada mata anda dengan menggunakan cermin muka dalam keadaan cahaya malap.
Lakarkan saiz pupil pada mata yang diperhatikan.

4. Banding dan bezakan saiz pupil pada mata anda dalam keadaan cahaya terang dan cahaya malap.


Soalan
1. Dalam aktiviti ini, nyatakan rangsangan dan gerak balasnya. Adakah gerak balas ini merupakan tindakan terkawal atau tindakan luar kawal? Terangkan.

2. Apakah hubung kait antara saiz pupil pada mata dengan keamatan cahaya?

3. Apakah kepentingan gerak balas tersebut?

Kesimpulan
Buat kesimpulan yang sesuai tentang perubahan saiz pupil pada mata terhadap keamatan cahaya.


Jawapan:
1.
Rangsangan:
Keamatan cahaya yang masuk ke dalam mata.

Gerak balas:
Perubahan saiz pupil pada mata. Gerak balas ini adalah tindakan luar kawal kerana tindakan ini berlaku serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.

2. Semakin tinggi keamatan cahaya yang ditujukan kepada mata, semakin kecil saiz pupil pada mata.

3. Gerak balas ini dapat membantu untuk melindungi mata daripada kecederaan.

Leave a Comment