Praktis Formatif 1.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.

Jawapan:
Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi


Soalan 2:
(a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
(b) Apakah tindakan luar kawal? Berikan satu contoh tindakan luar kawal.

Jawapan:
(a) Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari, dilakukan mengikut kehendak seseorang dan dikawal oleh otak.
Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menulis, bercakap, makan, minum, berjalan, berlari, bersenam, menyanyi.

(b) Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku serta-merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.
Contoh tindakan luar kawal ialah denyutan jantung, pernafasan, peristalsis, rembesan air liur, bersin.


Soalan 3:
Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak?

Jawapan:
Sel saraf dalam otak manusia yang cedera tidak dapat mentafsir impuls daripada afektor dan tidak dapat menghantar impuls ke efektor. Oleh itu, orang yang mengalami kecederaan otak tidak dapat melakukan tindakan terkawal atau luar kawal yang melibatkan otak.


Soalan 4:
Apakah kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan?

Jawapan:
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya menjalankan proses dalam badan untuk terus hidup dan melakukan aktiviti harian.

Leave a Comment