Aktiviti 1.6 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Aktiviti 1.6:
Mengkaji kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan sentuhan

Bahan
Pita selofan

Radas
Pembaris (30 cm), pencungkil gigi dan sapu tangan (atau kain penutup mata)

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.16.


Dengan menggunakan pita selofan, lekatkan:
• pencungkil gigi yang pertama pada tanda 0 pada pembaris.
• pencungkil gigi yang kedua pada bahagian bertentangan dengan pencungkil gigi yang pertama pada pembaris.
• pencungkil gigi yang ketiga pada skala 0.5 cm pada pembaris.

3. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan.

4. Cucuk belakang tapak tangan pasangan anda dengan satu atau dua pencungkil gigi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.17.



Minta pasangan anda menyatakan sama ada dia merasa satu atau dua batang pencungkil gigi.

5. Tandakan ‘ √ ’ jika jawapannya betul dan ‘ × ’ jika jawapannya salah dalam jadual di bawah.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga anda telah mencucuk belakang tapak tangan pasangan anda dengan satu dan dua pencungkil gigi sebanyak tiga kali.

7. Ulang langkah 4 hingga 6 pada bahagian badan yang lain seperti di hujung jari telunjuk, siku dan lengan.



Soalan
1. Kulit pada bahagian badan yang manakah paling peka terhadap rangsangan sentuhan?
Jelaskan pemerhatian anda.

2. Kulit pada bahagian badan yang manakah paling kurang peka terhadap rangsangan sentuhan? Jelaskan pemerhatian anda.

3. Jenis reseptor yang manakah dirangsangkan dalam aktiviti ini?

4. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan sentuhan.


Jawapan:
1. Hujung jari telunjuk. Paling banyak jawapan yang betul bagi 6 cubaan kerana kawasan tersebut paling banyak reseptor.

2. Siku. Paling kurang jawapan yang betul bagi 6 cubaan kerana kawasan tersebut paling kurang reseptor.

3. Reseptor sentuhan.

4. Bilangan atau taburan reseptor sentuhan dan ketebalan epidermis.

Leave a Comment