Aktiviti 1.7 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Aktiviti 1.7:
Menunjukkan kepekaan lidah terhadap rangsangan rasa dengan bilangan reseptor

Bahan
Larutan gula (manis), larutan garam (masin), jus limau (masam), air kopi pekat tanpa gula (pahit), sup cendawan segera (umami) dan air suling

Radas
Penyedut minuman, sapu tangan (atau kain penutup mata) dan enam biji cawan

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. Guru akan membekalkan setiap pasangan murid dengan lima larutan yang berlainan rasa, iaitu manis, masin, masam, pahit dan umami di dalam cawan yang berbeza.

2. Tutup mata pasangan anda dengan sapu tangan.

3. Minta pasangan anda berkumur dengan air suling.


4. Dengan menggunakan penyedut minuman, titiskan satu titik larutan gula di kawasan A pada lidah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.18.


5. Minta pasangan anda mengenal pasti rasa larutan itu tanpa menarik masuk lidahnya ke dalam mulut.


6. Tandakan ‘√’ jika pasangan anda dapat mengenal pasti rasa larutan dengan betul dan ‘×’ jika salah atau gagal mengenal pasti rasa larutan dalam jadual seperti di bawah.

7. Ulang langkah 3 hingga 6 di kawasan B, C, D dan E.

8. Ulang langkah 3 hingga 7 dengan menggunakan empat larutan lain yang dibekalkan.



Soalan
1. Mengapakah pasangan anda perlu berkumur setiap kali hendak menguji rasa larutan yang lain?

2. Kawasan lidah yang manakah dapat mengenal pasti semua rasa larutan?

3. Kawasan lidah yang manakah paling peka terhadap rasa? Jelaskan pemerhatian anda.

4. Kawasan lidah yang manakah paling kurang peka terhadap rasa? Jelaskan pemerhatian anda.

5. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?


Jawapan:
1. Untuk memastikan tiada sisa larutan lain tertinggal dan hanya satu rasa larutan dikesan pada setiap percubaan.

2. Semua kawasan dalam lidah dapat mengenal pasti semua rasa larutan.

3. Kedua-dua belah pinggir lidah adalah paling peka terhadap rasa kerana mempunyai bilangan reseptor yang banyak.

4. Bahagian tengah lidah adalah paling kurang peka terhadap rasa kerana mempunyai bilangan reseptor yang sedikit.

5. Kawasan hadapan lidah lebih peka kepada rasa manis, bahagian tepi lidah lebih peka kepada rasa masam dan manis, bahagian belakang lidah lebih peka kepada rasa pahit dan bahagian tengah lidah lebih peka kepada rasa umami.

Leave a Comment