Praktis Formatif 1.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut:



Jawapan:
(a) Kornea
(b) Pupil
(c) Retina
(d) Otak


Soalan 2:
Struktur telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme pendengaran sekiranya rosak?

Jawapan:
Salur separuh bulat


Soalan 3:
Di manakah kedudukan sel deria bau?

Jawapan:
Di bahagian atas rongga hidung


Soalan 4:
Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.

Jawapan:
Manis, masin, masam, pahit, umami


Soalan 5:
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap rangsangan.

Jawapan:
Bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit


Soalan 6:
(a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.

(b) Jelaskan bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.

Jawapan:
(a) Lima jenis rasa, sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk, tekanan.

(b) Lima jenis rasa dapat dikesan oleh reseptor-reseptor rasa dalam tunas rasa pada lidah.
Oleh sebab lidah dilindungi oleh kulit yang mempunyai reseptor sentuhan, kesakitan, haba, sejuk dan tekanan, lidah dapat mengesan sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk dan tekanan.

Leave a Comment