Eksperimen 2.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.2 :
Tujuan
Mengkaji kesan merokok terhadap peparu

Pernyataan masalah
Apakah kesan merokok terhadap peparu?

Hipotesis
Asap rokok mengandungi tar rokok (bahan berwarna perang) dan gas berasid yang merosakkan peparu.

Pemboleh ubah
(a) dimanipulasikan : Kehadiran asap rokok
(b) bergerak balas : Warna kapas dan larutan litmus pada akhir eksperimen
(c) dimalarkan : Kadar sedutan udara oleh pam turas

Bahan
Rokok, kapas, larutan litmus dan mancis atau pemetik api

Radas
Tiub-U, kelalang kon, penyumbat getah, pam turas, tiub getah, tiub kaca, kaki retort dengan pengapit dan bongkah kayu

Langkah Berjaga-jaga

  • Jalankan eksperimen ini di dalam sebuah kebuk wasap.
  • Elakkan daripada tersedut asap rokok.
  • Tiub-U dan kelalang kon mudah pecah. Berhati-hatilah semasa anda mengendalikan radas tersebut.
Prosedur
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.13(a).


2. Perhati dan catatkan warna kapas dan larutan litmus.

3. Hidupkan suis pam turas selama 10 minit.

4. Matikan suis pam turas.

5. Perhati dan catatkan perubahan warna pada kapas (jika ada) dan larutan litmus dalam jadual.

6. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggunakan rokok yang bernyala seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.13(b).


Pemerhatian


Kesimpulan
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan
1. Namakan bahan dalam asap rokok yang terenap pada kapas.

2. Adakah asap rokok merupakan bahan berasid atau beralkali? Terangkan jawapan anda.

3. Namakan tiga bahan berbahaya lain yang terdapat dalam asap rokok.


Jawapan:
1. Tar rokok.

2. Asap rokok merupakan bahan berasid kerana menukarkan warna ungu larutan litmus menjadi merah.

3. Ammonia, asid stearik, metana, butana, metanol, toluena, kadmium, arsenik, asid asetik

Leave a Comment