Praktis Formatif 2.3 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
(a) Nyatakan empat contoh pepejal dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi manusia.

(b) Nyatakan tiga contoh gas dalam udara yang memudaratkan sistem respirasi manusia.

Jawapan:
(a) Tar, debunga, jerebu dan debu

(b) Sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida

Soalan 2:
Nyatakan satu bahan yang memudaratkan sistem respirasi manusia yang dibebaskan oleh tumbuhan.

Jawapan:
Debunga

Soalan 3:
Nyatakan satu simptom pada setiap penyakit respiratori yang berikut:
(a) Emfisema
(b) Kanser peparu
(c) Bronkitis
(d) Asma

Jawapan:
(a) Sakit ketika bernafas

(b) Kahak berdarah

(c) Sering tercungap-cungap

(d) Pernafasan berbunyi


Soalan 4:
Nyatakan dua jenis penyakit respiratori yang berpunca daripada bahan berbahaya dalam asap rokok.

Jawapan:
Kanser peparu, emfisema, bronkitis,
(mana-mana dua)


Soalan 5:
Apakah yang dimaksudkan dengan perokok pasif?

Jawapan:
Seseorang yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok dari perokok yang berhampirannya.

Leave a Comment