Praktis Formatif 3.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Apakah fungsi sistem pengangkutan dalam organisma?

Jawapan:
Fungsi sistem pengangkutan adalah membawa masuk bahan keperluan sel ke dalam badan organisma dan menyingkirkan bahan kumuh daripada badan organisma ke persekitaran luar.


Soalan 2:
Nyatakan dua contoh bahan keperluan sel dan dua contoh bahan kumuh yang disingkirkan daripada sel.

Jawapan:
Contoh bahan keperluan sel: Oksigen, nutrien

Contoh bahan kumuh yang disingkirkan daripada sel: Karbon dioksida, air, urea


Soalan 3:
Apakah kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma?

Jawapan:
Kepentingan fungsi sistem pengangkutan dalam organisma adalah seperti yang berikut:

– Sistem pengangkutan membekalkan bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien yang digunakan untuk menghasilkan tenaga melalui proses respirasi sel.

– Sistem pengangkutan membekalkan bahan keperluan sel tumbuhan seperti karbon dioksida dan air yang digunakan untuk menjalankan proses fotosintesis.

– Sistem pengangkutan juga menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksik daripada sel organisma ke persekitaran luar.


Soalan 4:
Terangkan impak terhadap organisma sekiranya sistem pengangkutan organisma tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jawapan:
Sekiranya sistem pengangkutan sesuatu organisma tidak dapat berfungsi dengan baik,

– respirasi sel tidak dapat dilakukan. Tanpa tenaga, proses hidup tidak dapat berlaku di dalam badan organisma.

– makanan tidak dapat dibuat dalam tumbuhan hijau melalui fotosintesis. Tanpa makanan, tumbuhan dan haiwan akan mati.

– bahan kumuh yang bertoksik yang gagal disingkirkan daripada badan ke persekitaran luar akan meracuni badan lalu membunuh organisma.

Leave a Comment