Praktis Formatif 3.3 (Soalan 5 – 7) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 5:
(a) Mengapakah seorang penderma darah dengan kumpulan darah O dikenali sebagai penderma universal?

(b) Mengapakah seorang penerima darah dengan kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima universal?

(c) Mengapakah tempat penyimpanan darah dikenali sebagai bank darah?


Jawapan:
(a) Seseorang dengan kumpulan darah O boleh menderma darah kepada sesiapa sahaja yang berdarah kumpulan O, A, B dan AB.

(b) Seseorang dengan kumpulan darah AB boleh menerima daripada penderma dari mana-mana kumpulan darah, iaitu darah kumpulan O, A, B dan AB kerana plasmanya tidak mengandungi antibodi Anti-A atau Anti-B.

(c) Bank darah merupakan tempat di mana darah disimpan dan dikeluarkan.


Soalan 6:
(a) Nyatakan dua tempat orang ramai dapat menderma darah.

(b) Berikan satu situasi yang memerlukan proses pendermaan darah yang banyak.

Jawapan:
(a) Hospital, Pusat Darah Negara (PDN)

(b) Kemalangan jalan raya, peperangan


Soalan 7:
Rajah 1 menunjukkan sebuah beg darah berisi darah seorang penderma yang telah diuji.


(a) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan kumpulan darah penderma tersebut.

(b) Selain kumpulan darah, apakah yang diuji pada sampel darah penderma?

(c) Beg darah tersebut mengandungi beberapa bahan kimia seperti natrium sitrat. Apakah fungsi natrium sitrat?

Jawapan:
(a) Kumpulan darah AB

(b) Kehadiran virus dan bahan yang tidak dikehendaki

(c) Menghalang pembekuan darah

Leave a Comment