Aktiviti 3.8 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Aktiviti 3.8:
Mengkaji laluan air dalam tumbuhan dengan menggunakan pewarna yang sesuai

Tujuan
Menyiasat laluan air dalam tumbuhan

Bahan
Sebatang tumbuhan herba kecil seperti pokok keembung yang masih mempunyai daun dan akar yang sempurna, dan larutan eosin (pewarna merah)

Radas
Kelalang kon, kaca penutup, pisau lipat, mikroskop dan slaid

Arahan
1. Basuh akar pokok keembung secara berhati-hati dengan air.

2. Rendam akar pokok keembung itu di dalam kelalang kon berisi larutan eosin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.28.


3. Selepas 30 minit, buat keratan rentas nipis daun, batang dan akar pokok dengan menggunakan pisau lipat.

4. Perhatikan setiap keratan tersebut di bawah mikroskop.

5. Lukis satu rajah berlabel bagi setiap keratan yang telah diperhatikan itu. Kenal pasti serta label tisu yang berwarna merah yang diwarnai oleh larutan eosin.

Soalan
1. Adakah larutan eosin tersebar secara sama rata atau mempunyai corak khusus dalam daun, batang dan akar tumbuhan?

2. Nyatakan bahagian yang berwarna merah dalam keratan rentas daun, akar dan batang dalam aktiviti ini.

3. Apakah kesimpulan daripada aktiviti ini?


Jawapan:
1. Larutan eosin tersebar mengikut corak khusus di dalam daun, batang dan akar tumbuhan.

2. Xilem

3. Laluan air di dalam tumbuhan adalah melalui satu tisu pengangkut, iaitu xilem.

Leave a Comment