Aktiviti 3.9 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Aktiviti 3.9:
Mengkaji laluan makanan dalam tumbuhan

Tujuan
Menyiasat laluan makanan dalam tumbuhan

Bahan
Tumbuhan berkayu

Radas
Skalpel

Arahan
1. Pilih satu ranting pada tumbuhan berkayu yang sihat.

2. Potong satu gegelang lengkap pada kulit pokok itu termasuklah floem seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.29.


3. Siram pokok itu setiap hari dan dedahkannya pada cahaya yang cukup supaya pokok itu dapat menjalankan fotosintesis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.30.

4. Perhati dan lakarkan perubahan, jika ada, pada ranting tumbuhan berkayu dengan kulit kayu yang telah dibuang itu selepas dua hingga tiga bulan.

Soalan
1. Lakarkan perubahan bahagian ranting dengan kulit yang telah dibuang itu pada awal dan akhir aktiviti ini.


2. Apakah kesimpulan daripada aktiviti ini?


Jawapan:
1.

2. Laluan makanan di dalam tumbuhan adalah melalui floem.

Leave a Comment