Soalan 1:
Apakah maksud transpirasi?
Jawapan:
Transpirasi ialah suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan.

Soalan 2:
Gariskan jawapan yang betul tentang sistem pengangkutan dalam tumbuhan.
(a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam keadaan (cecair/wap) manakala kehilangan air melalui pelembakan adalah dalam keadaan (cecair/wap).
(b) Tisu yang mengangkut air dalam tumbuhan ialah (floem/xilem) manakala yang mengangkut sukrosa ialah (floem/xilem).
Jawapan:
(a) wap, cecair
(b) xilem, floem

Soalan 3:
Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.
Jawapan:
Keamatan cahaya, kelembapan udara, suhu, pergerakan udara

Soalan 4:
Mengapakah pewarna digunakan untuk mengkaji laluan air di dalam struktur xilem?
Jawapan:
Laluan air di dalam struktur xilem tidak dapat dikesan tanpa penggunaan pewarna kerana tisu xilem tidak berwarna.

Soalan 5:
Rajah 1 menunjukkan struktur xilem dan floem di dalam berkas vaskular pada bahagian tumbuhan yang berbeza.

Label P, Q, R, S, T dan U dengan menggunakan perkataan yang berikut:
Xilem
Floem
Jawapan:
P: Floem
Q: Xilem
R: Xilem
S: Floem
T: Xilem
U: Floem