Praktis Formatif 5.1 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Definisikan jenis tindak balas kimia yang berikut:
(a) Tindak balas endotermik
(b) Tindak balas eksotermik

Jawapan:
(a) Tindak balas endotermik ialah tindak balas kimia yang menyerap haba daripada persekitaran.

(b) Tindak balas eksotermik ialah tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.


Soalan 2:
Apakah maksud termokimia?

Jawapan:
Termokimia ialah kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia berlaku.


Soalan 3:
Mengapakah suhu badan kita meningkat semasa melakukan aktiviti fizikal yang cergas?

Jawapan:
Kadar respirasi meningkat semasa menjalankan aktiviti fizikal yang cergas.
Oleh sebab respirasi merupakan tindak balas eksotermik, haba yang dihasilkan oleh tindak balas eksotermik diserap ke dalam badan kita. Oleh itu, suhu badan meningkat.


Soalan 4:
(a) Nyatakan satu contoh masalah global yang disebabkan oleh tindak balas eksotermik.
(b) Berikan satu idea untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan di soalan 4(a).

Jawapan:
(a) Pemanasan global

(b) Mengurangkan pembakaran bahan api fosil.

Soalan 5:
(a) Nyatakan jenis tindak balas yang paling baik bagi menghasilkan bahan untuk melegakan kekejangan otot.
(b) Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
(a) Tindak balas eksotermik.

(b) Tindak balas eksotermik membebaskan haba ke persekitaran dan meningkatkan suhunya. Suhu yang tinggi dapat melegakan kekejangan otot.

Leave a Comment