Praktis Sumatif 6 (Soalan 7 & 8) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 7:
Sebuah pemanas elektrik berlabel 230 V, 10 A.

(a) Hitungkan kuasa pemanas elektrik dalam unit kW.

(b) Fius yang manakah paling sesuai untuk pemanas elektrik tersebut? Jelaskan jawapan anda.

(c) Jelaskan sebab fius yang lain tidak sesuai digunakan berdasarkan jawapan di soalan 7(b).


Jawapan:
(a)



(b) Fius 13 A.
Fius 13 A adalah paling sesuai kerana fius 13 A membenarkan arus 10 A mengalir melaluinya tetapi tidak membenarkan arus yang melebihi 13 A mengalir melalui pemanas elektrik. Arus yang terlalu tinggi akan merosakkan pemanas elektrik.


(c) Arus 10 A yang mengalir melalui fius 1A, 2A, 3A dan 5A akan meleburkan wayar fius. Oleh itu, pemanas elektrik tidak dapat berfungsi.

Fius 15 A dan 30 A membenarkan arus yang jauh lebih besar daripada 10 A mengalir melalui pemanas elektrik. Hal ini akan merosakkan pemanas elektrik.

Fius 10 A juga kurang sesuai kerana kebanyakan fius 10 A lazimnya membenarkan arus maksimum kurang daripada 10 A mengalir melaluinya. Oleh itu, fius 10 A tersebut akan terbakar jika dipasang kepada pemanas elektrik.

Soalan 8:
Rajah 4 menunjukkan satu model Miniature Circuit Breaker (MCB).



(a) Apakah MCB?

(b) Nyatakan fungsi dan cara kerja MCB.

(c) Anda dikehendaki membina satu model MCB dengan menggunakan bahan yang disediakan di bawah. Terangkan fungsi setiap bahagian.




Jawapan:
(a) MCB merupakan suis elektromagnet kecil yang disambungkan ke wayar hidup.

(b) MCB berfungsi sebagai alat keselamatan elektrik. MCB memutuskan litar apabila arus yang mengalir melaluinya adalah terlalu besar atau melebihi had nilainya.


(c)



Plastisin – penyentuh

Paku – besi

Fulkrum – pada kayu ais krim

Butang reset – rod plastik

Spring – pencungkil gigi plastik

Pemadam getah – teras besi

Dawai elektrik – dawai kuprum

Senario: Apabila arus elektrik yang mengalir melalui MCB melebihi nilai hadnya, solenoid menjadi sebuah elektromagnet yang sangat kuat.





Leave a Comment