Aktiviti 5.2 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.2:


Tujuan:
Menentukan komposisi unsur di dalam molekul air.

Bahan: Air suling, asid hidroklorik cair, kayu uji dan mancis

Radas: Sel elektrolisis, suis, silinder penyukat, penitis, dawai penyambung dan klip buaya

Arahan
1. Labelkan dua silinder penyukat sebagai K dan L.
2. Susunkan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4 dengan menitiskan beberapa titik asid hidroklorik cair ke dalam air suling.
3. Hidupkan suis selama 10 minit.
4. Perhatikan perubahan yang berlaku pada kedua-dua silinder penyukat.
5. Selepas 10 minit, matikan suis dan rekodkan isi padu gas di dalam kedua-dua silinder penyukat.
6. Uji gas yang dikumpul dengan menggunakan kayu uji.
(a) Gas dalam silinder penyukat K diuji dengan kayu uji berbara
(b) Gas dalam silinder penyukat L diuji dengan kayu uji bernyala
7. Rekodkan semua pemerhatian anda dalam bentuk jadual.

Pemerhatian


Soalan:
1. Namakan gas yang terkumpul di dalam silinder penyukat K dan L.

2. (a) Apakah nisbah isi padu gas di dalam silinder penyukat K kepada L?
(b) Berikan inferens bagi jawapan anda di 2 (a).

3. Mengapakah asid hidroklorik cair ditambahkan ke dalam air suling?


Jawapan:
1.
K – Oksigen
L – Hidrogen

2.
(a) Nisbah gas K kepada gas L ialah 1 : 2
(b) Satu molekul air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

3. Asid hidroklorik cair membolehkan arus mengalir dalam air dengan lebih baik kerana air ialah konduktor elektrik yang lemah.

Leave a Comment