Latihan Sumatif 5 (Soalan 7 – 9) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Soalan 7:
Vicki telah menjalankan suatu aktiviti untuk mengkaji beberapa kaedah pembersihan air. Dia menggunakan air sungai yang keruh sebagai sampel kajiannya.


(a) Sampel manakah yang akan menjadi jernih?

(b) Sampel manakah masih mengandungi bahan terampai?

(c) Sampel manakah bertukar kepada air tulen?

(d) Mikroorganisma di dalam sampel manakah telah disingkirkan?


Jawapan:
(a) Sampel C

(b) Sampel B dan D

(c) Sampel C

(d) Sampel B, C dan D

Soalan 8:
Pencemaran air merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh negara kita.

Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan satu poster tentang pencemaran air dan kesannya kepada manusia

Jawapan:
(Jawapan murid)

Soalan 9:
Anda diminta untuk membezakan dua bahan yang tidak diketahui dengan mata yang ditutup dengan kain. Anda diberitahu bahawa kedua-dua bahan tersebut sejenis campuran. Apakah soalan-soalan yang akan anda tanya untuk mengenal pasti jenis campuran tersebut?


Jawapan:
– Adakah campuran tersebut jernih atau keruh?

– Adakah campuran tersebut lut sinar?

– Adakah campuran tersebut meninggalkan sisa apabila dituras dengan kertas turas?

Leave a Comment