Aktiviti 5.5 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.5:
Tujuan: Menyediakan larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu.
Bahan: Air suling dan hablur kuprum(II) sulfat
Radas: Bikar, silinder penyukat, rod kaca dan spatula


Arahan
1. Isi 50 ml air suling ke dalam tiga buah bikar yang berlabel P, Q dan R (Rajah 5.13).
2. Masukkan dua spatula kuprum(II) sulfat ke dalam bikar P dan kacau sehingga semua kuprum(II) sulfat larut.
3. Masukkan empat spatula kuprum(II) sulfat ke dalam bikar Q kemudian kacau sehingga semua kuprum(II) sulfat larut.
4. Masukkan empat spatula kuprum(II) sulfat ke dalam bikar R dan kacau sehingga semua kuprum(II) sulfat larut. Tambahkan kuprum(II) sulfat sedikit demi sedikit sehingga kuprum(II) sulfat yang berlebihan termendak di dasar bikar.
5. Perhatikan ketiga-tiga bikar dan rekodkan pemerhatian anda.

Pemerhatian



Soalan:
1. Kenal pasti jenis larutan yang terhasil dalam bikar P, Q dan R.
2. Namakan zat terlarut, pelarut dan larutan yang digunakan dalam aktiviti ini.
3. Mengapakah mendakan terhasil di dalam bikar R?


Jawapan:
1.
P: Larutan cair
Q: Larutan pekat
R: Larutan tepu

2.
Zat terlarut – Kuprum(II) sulfat
Pelarut – Air suling
Larutan – Larutan kuprum(II) sulfat

3.
Kuprum(II) sulfat telah larut secara maksimum dalam air suling. Jadi, kuprum(II) sulfat yang berlebihan kekal sebagai mendakan.

Leave a Comment