Latihan Formatif 5.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5

Soalan 1:
Ikram memerlukan air tulen untuk menyediakan satu larutan. Kawannya memberikan sebotol air kepadanya. Cadangkan cara yang boleh digunakan oleh Ikram untuk menentukan sama ada air tersebut air tulen atau tidak.

Jawapan:
• Didihkan air tersebut – air tulen mendidih pada 100°C.

• Tentukan ketumpatan air tersebut – ketumpatan air tulen adalah 1 g cm–3

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 2:
Terangkan perbezaan antara pergerakan molekul-molekul air pada suhu bilik dengan pergerakan molekul-molekul air pada suhu 0°C.

Jawapan:
Pergerakan molekul-molekul air pada suhu bilik lebih laju daripada pergerakan molekul-molekul air pada 0°C.

Hal ini demikian kerana suhu yang tinggi menyebabkan molekul-molekul air mendapat tenaga yang lebih dan dapat bergerak lebih pantas daripada molekul-molekul air pada 0°C.

Soalan 3:
Terangkan satu kepentingan penyejatan air kepada badan manusia.

Jawapan:
Kelenjar peluh merembeskan peluh ke permukaan kulit untuk meningkatkan kehilangan haba melalui penyejatan.

Penyejatan peluh ini dapat menyejukkan badan manusia.

Leave a Comment