Praktis Sumatif 7 (Soalan 4 & 5) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 7


Soalan 4:
Nyatakan rumus tenaga yang berikut:

(a) Tenaga keupayaan graviti

(b) Tenaga keupayaan kenyal

(c) Tenaga kinetik


Jawapan:
(a)
Tenaga keupayaan graviti = mgh,
dengan
m ialah jisim objek
g ialah pecutan graviti
h ialah ketinggian


(b)
Tenaga keupayaan kenyal = ½ Fx,
dengan
F ialah daya mampatan atau regangan
x ialah sesaran dari kedudukan keseimbangan


(c)
Tenaga kinetik = ½ mv2,
dengan
m ialah jisim
v ialah halaju

Soalan 5:


Rajah 2 menunjukkan seorang pemanah wanita menarik tali busur dengan daya maksimum 200 N sejauh 0.4 m.

(a) Berapakah kerja yang dilakukan?

(b) Hitung tenaga keupayaan kenyal yang dipunyai oleh tali busur yang teregang itu.

(c) Mengapakah bukan semua kerja yang dilakukan untuk menarik tali busur ini diubah kepada tenaga keupayaan kenyal?


Jawapan:
(a)
Kerja = Daya × Sesaran
= 200 N × 0.4 m
= 80 J


(b)
Tenaga keupayaan kenyal
= ½ Fx
= ½ × 200 N x 0.4 m
= 40 J

(c) Kerana sebahagian kerja dilakukan untuk mengubah bentuk busur.

Leave a Comment